Selasa, 20 Februari 2018

                   TERMA DAN SYARAT 

1. Homestay Ainon & Mazlan khas untuk tetamu beragama ISLAM ( yang berkeluarga @ muhrim sahaja.)

2. Bayaran deposit booking Rm 50 ( tidak dipulangkan) perlu (Bank-in Maybank) dan baki perlu dibayar secara tunai semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci.

3. Daftar masuk bermula pukul 12 tengahari dan keluar pukul 2 petang.

4. Dilarang sama sekali mengubah keadaan kelengkapan perabot di dalam rumah ini.

5. Sekirannya berlaku kerosakan kemudahan yang ada dan berlaku atas kecuaian pihak penyewa  dikehendaki membayar ganti rugi.

6. Dilarang mencuri, mengambil dan merosakkan kelengkapan di rumah ini. Sebarang kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

7. Penyewa dinasihati mengunci rumah semasa meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlaku kecurian dan dilarang meninggalkan barangan berharga. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian harta benda.

8. Penyewa harus menutup suis Kipas, Lampu dan Penghawa Dingin semasa meninggalkan rumah.

9.Denda Rm 50 akan dikenakan sekiranya kehilangan kunci homestay.

10. Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.

11. Dilarang merokok di dalam rumah terutama di bilik tidur.

12. Dilarang membawa arak, judi dan dadah di dalam rumah.

13. Dilarang menconteng dinding di dalam homestay.

14. Sila pastikan menutup pili air sekiranya tidak digunakan.

15. Penyewa perlu menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah. Jangan buang sesuatu terutama tuala wanita ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan tersumbat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan